Sunday, October 23, 2011

Rambut pendek best ke?

Kalau korang sedang bace entry ni sila bukak minda luas2 atau orang putih cakap 'be open minded' sebab apa yang aku tulis ni adalah pendapat aku semata-mata.

Tadi saja bersembang dengan Yam,roomate aku pasal isu rambut. Menarik jugak tu yang rasa seronok nak simpan dalam blog ni. Yam kata dia pernah potong rambut lepas tu dia demam. Boleh bayangkan tak aku time tu terkejut dengar. kire dia sayang giler haa ni dengan rambut die. Sebab kisahnya dia tak pernah potong rambut dari die kecik, then da besar and panjang dia potong. Potong sikit je pun tapi boleh demam. Dashyat!

Berlainan kisah dia dan kisah aku. aku tak boleh rambut panjang. Sebab aku rimas. aku selesa kalau takde rambut langsung tapi tak boleh. So rambut aku, setakat ada je la. Pada aku, rambut pendek ni tak merimaskan dan aku rasa ringan je kepala ni nak bawak.

Tapi ni sebagai pendapat dan kenapa aku suka rambut pendek.

  • senang nak jaga. guna syampu pun sikit je. dah boleh berjimat dah kat situ.
  • tak ade kelemumur. Dulu aku ade je kelemumur pastu jumpa syampu yang serasi da tak de da.
  • tak payah nak kalut serabut nak pikir style apa nak ikat hari ni. 
  • aku rasa macam lebih muda la sebab fresh je. tak de nak serabut2 rambut terjurai cam pontianak.
  • ni part aku suka, bangun pagi. releks je aku kua bilik tak risau rambut aku mengerbang ke apa.

smart kan rambut bangun tdo aku?? artis jepun jadikan ni hairstyle diorang. Bangge jap! :p
  • bila rambut pendek ni, aku rasa lebih smart dari awek2 lain. Sebab diorang rambut panjang. ok. stop mengarut. OKlah nampak sexy! Puas hati? Betol la kan tambah-tambah kalau kau ada leher yang cun. 
  • Lebih muda. Setuju? ini pada mereka yang da lama setia simpan rambut panjang. bila kau potong tu aura muda memang kau boleh feeling habis la. Tak caya, hari ni p saloon. Bagitau apa kau rasa, hihi...
i like this.

PEACE YAW!!!!

7 comments:

Ku Azhar said...

waa!!! mamat nie..jap ape nama dia ek..ske tgk filem dia berlakon.. :)

Ku Azhar said...

haaa...cite kamen rider kabuto!!! :D

WanieShifu said...

haha. dia memang smart. macam saya.

Justme said...

cantik rambut pendek...sy dari kecil sampai umur 21 rambut pendek tapi sekarang 3 thn simpan rambut pjg sbb teringin nak rambut pjg plak.... masing2 ada pendangan masing2 kan... peace no war..:)

Ezzattie said...

hohoho sy pun suke rambut pendek. skrg dah pnjg sikit rasa cam nak ptong balik. tapi mak tak kasi. huwaaaaaaaa! :'(

Unknown said...

Rambut pendek mmg senang di urus.. tak perlu fikir macam2 kan.. :)

Kamil Kahar said...

tendou...........souji.....