Wednesday, October 26, 2011

Perkara-perkara yang sangat merimaskan di dunia

1. budak yang aku tak kenal. dia hantar sms kat aku.

sms satu : hye
sms dua : salam, nak berkenalan? boleh x?
sms tiga : hafizah ek?

aku tak reply pun. mamat ni syok sendirik. serius tak faham aku. mana etika? dia tak tahu ke kalau aku tak reply tuh dah lah. paling tak hengat dia panggil aku hafizah. hahaa.aku bab nih aku betul-betul nak gelak sakan. 

actually aku tak kesah sangat tapi nih sebenarnya salah satu punca kenapa aku nak buat nota pasal perkara-perkara rimas di dunia. terjadi pada aku, mungkin tidak pada kamu.

2. ni waktu aku dok asrama dulu. masuk blok asrama budak-budak buat bising kecoh macam tak jumpa bertahun. padahal baru tadi prep sesama.

3. aku tak suka pergi kenduri kahwin. memang taksuka. kadang-kadang tu ada mamat tidak kekurangan stamina kerana tough malahan ensem pandang aku dari jauh. benci betol aku. nak amek daging ayam masak merah pun segan. nasib baik kenduri nih kenduri kawen saudara aku, kalau tak aku lari balik rumah dah. aku memang kuat perasan bukan.kahkahkah.

4. pergi pasar malam. aku tak suka sangat. bingit bising macam nak pecah gegendang telinga aku. murah murah sekilo 3 hengget beli 3 percuma 1 selonggok 2 hengget 70 sen eh serius bengang lah. sebab tuh kalau ikut mak pergi pasar malam aku lagi rela duduk dalam kereta tak pun aku ajak mak aku jalan cepat cepat. haha. golongan bonda kalau berjalan kau fahamlah selagi tak membelek selagi tak menyentuh selagi tuh tak berganjak. adoiii. aku sayang mak aku. jalan dengan ayah aku suka. express. ada tujuan senang cakap. beli beli balik. haha.

5. masuk kelas physics. serius psycho. balik dari makmal nak masuk kelas memang lepas tuh pandang orang dengan dua perasaan.

6. tengok manusia berkepit. maaf cakap kalau kau buat. no offend. kita anak melayu adat dijunjung, trend couple elok elak. kalau lah time tu aku ada senapang gajah memang aku bagi dah dua tiga kawah das tembakan. tapi setakat nih belum ada lesen nak punyai senapang gajah lagi jadi cuma boleh lempar gam gajah sahaja.

7. dengar masalah cinta kawan aku. aku nih bukan lah jahat sangat oke. ada jugak sikap seorang pendengar setia. bagi tumpang bahu, sua tisu sambil tepuk tepuk bahu bagi semangat. tapi bila dia asyik ulang masalah tragedi yang sama pasal pakwe maen kayu tiga aku nak kata apa. sebagai kawan boleh kata sabar -sabar -sabar, padahal kalau ikut hati perempuan brake-brake-brake. brake!!!

8. time nak tido boleh tiba-tiba orang sms/call. ohh benci. tapi, aku bukak jugak. kot kot benda urgent. tak ke menyesal seumur hidup aku nanti. HAHA

okay. *offline*

2 comments:

Marahaini said...

huhu.. mmg merimaskan.. yg tgh membce ni pun rse rimas jgk.. hahaha..

Kamil Kahar said...

haha...sengal sangat...