Sunday, October 16, 2011

PARENT.I LOVE THEM

Assalammualaikum. Entry kali ini berbau 'Homesick' sikit ye. Baru last week balik sekejap jumpa family siap boleh makan satay lagi, da rindu balik. Minggu ni tak balik sebab nak siapkan assignment, yang mula-mula wanie ingat banyak rupanya sikit je. Macam hebat je kan boleh siapkan dalam masa dua hari. Sebenarnya kedrat tu ALLAH S.W.T yang pinjam kan, tu yang boleh bertahan duduk depan laptop ni buat sampai siap. ALHAMDULILLAH. 


Be honest, hari ni wanie tak call mak pun. Jahat? Bukan, semalam da call. Mak tak kasi call selalu. Suruh jimat kredit. Motif? Sebab bila da call, cakap punya la lama. Macam duk jauh je kan. Padahal rumah dengan UMP ni sekangkang kera je jaraknya. So this week ada kelas sampai hari khamis je. Kalau ada yang sudi drive kan wanie, insyaAllah, terpacak la wanie kat rumah. Semalam wanie call mak tanya pasal resepi nasi lemak. Kitorang satu bilik, (actually tak berapa satu bilik la) buat nasi lemak untuk breakfast. So kena tanya yang pakar bidang masak ni. Family saya ada kedai makan. So nak masak apa2 kat bilik ni, kena  roger dan bodek mak la. Baru dapat resepi berserta dengan petua masakan. Mak wanie bukan jenis susah sangat pun nak kongsi resepi dan petua ni. So semalam sehari menu kitorang Nasi Lemak. Wanie actually dalam mood ON DIET. Tapi semalam kira CHEAT DAY Wanie la.

So minggu ni insyaALLAH, memang wanie teringin bebenor mahu ketemu merekaaa..
Da rindu sangat ni. Hanya doa yang dapat aku kirimkan untuk kebahagiaan mereka :)

p/s : Nak balik ni, nak ambil blender. Sebab nak buat jus buah kat bilik.

1 comment:

noraauliyya said...

parent is the best in da world !