Tuesday, October 4, 2011

demam novel

Berjaya siapkan lab report malam tadi.Wanie tidur pukul 3 pagi, sekarang asyik bersin je. Kena selsema la dan saat wanie mengupdate ni wanie da pun demam. Mungkin Tuhan nak ampunkan dosa wanie yang lepas2 kot. Aminn...


Budak demam. Muka pucat dengan hidung berair + hidung merah. Nak buat experiment tak boleh pakai make up. So natural je la time ni. Nature beauty ni. :p Ok. Wanie nak bace novel. Baru beli waktu ada expokonvo kat UMP baru-baru ni, dapat 5% diskaun. Kalau nak study confirm tak masuk. Korang da bace novel ni??


Sinopsis novel 7 Hari Mencintaiku

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

best kan. Kalau belum beli baik pergi cari sekarang. Wanie gerenti tak menyesal. Wanie memang minat semua novel kak SITI ROSMIZAH ni.

Assalammualaikum..Jawab ye sayang.........


13 comments:

Roket Kertaz said...

nanti try baca novel2 Ramlee Awang Mursyid (Alaf 21) ..

Bagaikan Puteri
Cinta Sang Ratu
Cinta Sufi
Mikhail
and many more ..

hehe

liyana shamsuddin said...

da baca da novel ni..bezt sesangat..rugi tak baca..:)

stellaizz said...

lama dah x bace novel...rindu plak

Cik Azizah said...

semoga cepat sihat yunk..novel! my favourite. tp ni tak baca lagi..hehe

Cik Orkid said...

ramai yg kata novel tu best. alah nak baca gak ! hahakz :D

Ninie said...

Dh follow wanie...wah, hantu novel ni...hehe. Doodle nanti Ninie free, ninie wat ok.

nak jemput join contest Ninie....
Sudi2 la kalo ada masa yer...hihiks

"Contest: Di Mana Ninie?"

http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/contest-di-mana-ninie.html

Tulip Putih said...

tulip gler novel gak..:)

Amir Baker said...

Cam menarik je.

Ninie said...

Doodle dah siap! Harap suka...hihiks. Kalo x comel jgn marah ek! Wat sambil ngntuk...hihiks.

http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/10/doodles-for-wanie-eqa-miss.html

::dEyb:: said...

perghh..lme giler xbace novel..hepi reading ye wanie :)

syaz@rozelt said...

penah bce gak st due novel siti rosmizah nie..mmg best..hehe..

Madiana Mohd said...

best...agak tebal jgk novel nie..penat jgk cket nk hbeskan hehe tpi best, :)

LolipuCcA-pOp-PoP said...

best betul novel ni~~smpai menitiskn air mata~~memang betul2 best...andai itu takdirnya best gak