Antara khasiat Limau Purut :
1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik.
2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.
3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.
4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
Apakah khasiat Limau Purut?
Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti
anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.
• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan
bau badan serta melembutkan kulit.
• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut
pada dada, tengkuk dan belakang badan.
• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari
masalah kekuningan pada gigi.
• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam
rumah atau pejabat (kantor).
• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.
Limau Purut baik untuk rambut
Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan
jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan,
rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.
No comments:
Post a Comment