Friday, July 20, 2012

pernah dengar tentang pokok pecah kaca tak?

Assalammualaikum dan salam JUMAAT. Alhamdulillah untuk aku dan sesiapa yang terbaca post aku ni, kita masih berpeluang untuk menikmati hari terakhir dalam bulan Syaban tahun ni. InsyaALLAH semoga diberi kesihatan yang sempurna untuk bertemu Ramadhan yang akan menjergah esok hari.

Hari ni aku nak share tentang sejenis tumbuhan yang baru aku tahu kewujudannya. Aku tahu pun sebab salah seorang classmate aku sedang buat kajian tentang daun pokok PECAH KACA ini. Dia kajian tentang compound apa yang ada dlm daun ini. okaylah, pokok pecah kaca ini kebiasaanya dijadikan tea herba buat pesakit batu karang dan kencing manis. Jom baca lagi mudah2han boleh dijadikan iktiar pada sesiap yang memerlukannya.

Ini rupanya pokok pecah kaca ni.

NAMA HERBA : PECAH KACA/PECAH BELING
NAMA SAINTIFIK : Strobilanthes Crispus
NAMA CINA: 脆叶马兰 ,黑面将军

BOTANI :
Sejenis pokok renek berdaun bujur berwarna hijau kehitaman dan berkilat serta berkedut-kedut . Boleh ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah tetapi perlu kepada perlindungan.

KEGUNAAN :
Boleh digunakan untuk penyakit darah tinggi, kencing manis, batu karang. Untuk penyakit batu karang, ambil semua bahagian termasuk batang dan akar. Bersihkan dan rebus bersama 3 gelas air. Tinggal 1/3 gelas dan biarkan suam. Minum setiap malam sehingga lega.

Pokok pecah kaca ini mempunyai khasiat kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. 

Kajian oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia menunjukkan bahawa ia dapat merencatkan pertumbuhan retrovirus, agen dalam jangkitan virus, seperti kurang daya tahan melawan penyakit atau AIDS, dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Pecah beling juga bertindak secara efektif untuk merencat pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati, kanser payudara dengan mengarah sel kanser ini mati dengan semula jadi tanpa kesan sampingan. 

Di samping itu, ekstrak pecah kaca ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukkan kanser. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencat pertumbuhan sel kanser. Bahan ini juga mampu menurunkan paras kolestrol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolestrol di dalam usus sekali gus menyebakan kolestrol menjadi makanan tidak dapat diserap. Teh pecah kaca ini telah menunjukkan tahap anti oksigen yang tinggi. Ia juga dapat merencatkan pertumbuhan sel kanser payudara dan kanser ovari.

Kesimpulannya, daun pecah kaca atau pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis. 

Thanks kepada Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM Serdang.

MAY PEACE BE UPON U! SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.....

No comments: